Isnin, 11 Oktober 2010

Mengapa Melayu mesti kuat?

Teringat peristiwa ketika waktu saya kempen PRK di SJKC Rasah Hulu Selangor, ketika tu bila Tok Najib umum RM3juta peruntukan untuk SJKC tu jika BN menang. Apa yang jadi ? mmg PRK tu BN yang menang, tapi peti undi di SJKC tu? BN kalah ! pengundi situ tak sokong BN pun! walaupun dijanjikan dengan peruntukan utk sekolah bangsa depa RM3juta!

Jadi adakah kalau kita penuhi tuntutan sempit kaum ini, depa akan undi BN kelak? sudahlah... janganlah kita diperbodohkan lagi.. depa tak heran dengan RM .. sebab senarai orang paling kaya di Malaysia majoritinya adalah golongan mereka.

Saya bukannya racist, atau dengki dengan kejayaan mereka, dan kita sedar akan contribution depa dalam membangunkan ekonomi negara, tapi depa patutnya tahu bersyukur dengan tidak mempertikaikan perkara-perkara yang sensitif seperti yang termaktub di dalam perkara 153 dan lain-lain perkara yang sewaktu dengannya.


Mengapa zaman Tun Mahathir, tiada siapa pun berani mempertikaikan perkara ini? sebut pun tak berani? PKR, PAS dan DAP hampir nyawa-nyawa ikan waktu itu. Sebab apa ? sebabnya Melayu waktu itu dipimpin oleh seorang pemimpin Melayu yang hebat.. membawa pembangunan yang hebat pada negara hingga semua orang terasa kemakmuran tersebut baik Melayu, Cina India mahu pun yang lain-lain.

Bak kata Nabil Kedah.. Luu Pikiaq la sendri..