Ahad, 29 Mei 2011

Surau Sejahtera


Hari ni, Sarjan waktu habih Isyak di surau, sambil lalu Sarjan ditegur ahli jemaah surau. "Hai orang politik mesti banyak projek ni" lalu jawab Sarjan.. dengan slamba rock, kalau banyak projek, mesti la sibuk.. kalau sibuk boleh kerap singgah surau ka?.. walaupun surau Sarjan tu 'green' kaler tapi sarjan tak kesah kena perli, sbb sarjan pernah kena maki dgn geng sendiri lebih teruk dari tu! tapi, Sarjan ketepikan tu semua demi nak meramaikan surau kerana Allah. Tapi berapa kerat orang yg biasa-biasa ni yang boleh bersabaq macam tu? bila tak meramaikan surau depa kata org tertentu anti surau, bila orang meramaikan surau tak reti jaga hati jemaah, lepas tu depa dok buat heran pulak nanti pasai pa jemaah surau tak bertambah.. bab khutbah Jumaat lagi la hebat hentamnya..tapi mengenangkan nasihat Ustaz Kazim yang menyuruh Sarjan berbaik sangka maka semua tu Sarjan tolak tepi.

Persepsi masyarakat terhadap politik dan projek ta' dapat dipisahkan, walaupun rasanya sarjan ni simple jer kayuh beskal letrik cabuk, bukannya naik Honda Goldwing pi surau..tapi oleh kerana ketiak Sarjan ada bau politik maka itulah persepsi masyarakat..

Bagi sarjan Semua ni asam garam kehidupan, Allah maha mengetahui setiap apa yang hambanya kerjakan. Banyakkan aktiviti pahala dan jauhkan aktiviti dosa..niat kerana Allah SWT.. insyaallah kita diberikan keberkatan. Kita susah pun orang kata, kita senang pun orang kata jugak.. lagu tu biaq kita senang pun tak pa, sebab orang tetap nak kata jugak...

Rabu, 11 Mei 2011

Masih dok rasa baguih



UMNO bakal menyambut ulangtahunnya yang ke-65. Dan dalam tempoh sambutan itu jugalah, maka akan kedengaranlah cerita-cerita manis tentang UMNO, tentang kejayaan UMNO, tentang jasa-jasa UMNO, tentang kehebatan UMNO dan tentang masa hadapan UMNO yang kononnya amat teguh dan perkasa.

Benarkah seperti yang dikatakan? Atau ia sebenarnya sekadar satu lagi cubaan untuk meruntuhkan UMNO sebagai salah sebuah institusi politik negara, seperti mana yang berlaku kepada PAS dan parti-parti Melayu yang lain di negara ini?

UMNO ditubuhkan di Kelab Sultan Sulaiman hasil gabungan idea 200 orang tokoh-tokoh Melayu daripada pelbagai aliran, fahaman dan fikrah politik. UMNO kemudiannya ditubuhkan secara rasmi di Istana Bukit Serene, Johor Bahru dan bermula dari tarikh itu, UMNO dikuasai oleh golongan elit, bangsawan dan jarang memijak tanah dengan telapak kaki!

Selepas pilihanraya tahun 1969, pilihanraya 2008 merupakan prestasi terburuk UMNO selaku parti utama dalam Barisan Nasional. Barisan Nasional kehilangan penguasaan majoriti dua pertiga dan sekiranya Barisan Nasional Sabah serta Sarawak tidak membantu, pastinya UMNO sudah pun menjadi pembangkang dalam parlimen di negara ini.

Namun, apa yang berlaku pada tahun 2008, rupa-rupanya tidak meninggalkan kesan yang besar kepada para pemimpin UMNO. Kebanyakan pemimpin UMNO masih lagi lena diulit tidur yang damai. Mereka masih lagi meneruskan amalan yang telah menyebabkan parti mereka hampir tercampak daripada Putrajaya. Mereka masih lagi berebut-rebut jawatan di dalam parti dan terlalu kurang berusaha untuk menyeret pemimpin-pemimpin dari parti komponen khususnya di Semenanjung untuk merapati para pengundi dan bakal pengundi.

Abdullah Badawi adalah Perdana Menteri TIDUR MALAYSIA yang paling terkenal. Pun begitu, setidur-tidurnya, Barisan Nasional masih lagi mampu menguasai lebih 130 kerusi Parlimen sekalipun bukan dua pertiga. Namun melihat kepada senario terkini, Najib Abdul Razak yang bekerja keras, bakal berhadapan dengan kehilangan kerusi Parlimen yang lebih banyak kerana Ahli-Ahli Parlimen UMNO ramai yang lebih sibuk mengira bini, gundek, duit dalam akaun dan projek yang boleh disapu selain jawatan di dalam UMNO.

Kesemua Perdana Menteri Malaysia naik kerana Perikatan yang kemudian bertukar nama kepada Barisan Nasional. Tanpa Barisan Nasional, tidak akan ada Perdana Menteri UMNO. Yang dapat dilihat sekarang ialah, kesungguhan Najib Abdul Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin untuk menarik sokongan kepada Barisan Nasional dan UMNO.

Malangnya, apa yang dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin agak kurang mendapat sambutan dari kalangan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional, mahupun UMNO. Kebanyakan daripada mereka lebih senang mengambil sikap, 'tak apa, Najib ada'.

Tidak dapat dinafikan, Najib dan Muhyiddin memang popular kerana budaya turun padang mereka. Namun popular kedua-duanya adalah bersifat individu, bukannya membawa bersama UMNO dan Barisan Nasional. Bukan bermaksud kedua-duanya tidak berusaha membawa UMNO dan Barisan Nasional, tetapi sebaliknya UMNO dan Barisan Nasional yang enggan mengikut Najib dan Muhyiddin.

Di dalam UMNO ada Pemuda dan Puteri. Kedua-dua entiti ini sewajarnya menjadi penyambung serta penghubung dengan pengundi-pengundi muda. Namun sebanyak manakah Pemuda dan Puteri telah memainkan fungsi mereka?

Program yang diatur oleh Pemuda, tidak lain hanya untuk menunjukkan betapa kaya dan mewahnya pemimpin muda UMNO dengan kenderaan mewah yang harganya ada kalanya mencecah jutaan ringgit. Corak pendekatan yang dibuat pula hanyalah FUTSAL, bola sepak, karaoke dan segala macam yang seronok-seronok. Jangan tidak, masa kempen pilihanraya, barulah nampak muka ketuanya sibuk mengetuk paku di dinding rumah orang miskin.

Berapa kerat pemimpin muda UMNO yang benar-benar ingin melihat parti tersebut ditunjangi oleh golongan muda? Berapa kerat yang benar-benar turun ke padang dan melakukan sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat, terutama golongan muda yang tidak pernah tahu tentang sejarah perjuangan serta jasa-jasa UMNO atau tidak kisah pun dengan apa yang telah dilakukan oleh UMNO?

Kalau ada pun, jumlah mereka boleh dibilang dengan jari. Umpama mencari jarum di tengah-tengah belukar, pemimpin muda UMNO sebenarnya lebih seronok hendak menunjuk kuasa, bahkan seringkali mengancam untuk memecat keahlian para pengkritik mereka.

Terlalu banyak sebenarnya sikap yang mendatangkan kebencian kepada para pengundi, ditunjukkan oleh para pemimpin UMNO. Sudahlah kebanyakan mereka tinggal di istana kayangan, kaki pula jarang memijak tanah, bahkan makan pun bersudu dan bergarfu emas.

65 tahun UMNO wujud, namun semenjak akhir-akhir ini, UMNO bagaikan lembu yang sudah sedia untuk disembelih dan dilapah terutama dengan kreativiti para pemimpinnya yang akan melakukan apa-apa sahaja asalkan mereka memperolehi jawatan di dalam UMNO dan kabinet.

Justeru, tidak perlulah bermegah-megah dengan pencapaian UMNO selama enam dekad, tetapi renungilah masa yang semakin suntuk untuk UMNO dikambus dan dikuburkan tanpa nisan angkara pemimpin-pemimpin UMNO sendiri!!!

Komen Sarjan :

Hakikatnya masih ramai yang dok rasa diri depa baguih sedangkan parti dah kalah di negeri sendiri! Bila kena tegur melenting nak mampuih! siap nak bakar bagi mampuih ! macam orang hilang akai dah mampuih! Ikut hati, jangan tegur biar pi.. pi mampuih!

Selasa, 10 Mei 2011

Ayoo yoo! amma 'pandikutti'! aaa...


bhnews@bharian.com.my
2011/05/10
Pemimpin UMNO, NGO selar gelaran 'pandikutti' diberi kepada PM

KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO dan badan bukan kerajaan menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelarkan Datuk Seri Najib Razak sebagai 'pandikutti' dalam bahasa Tamil bermaksud anak babi sebagai tindakan tidak bertamadun dan menggambarkan beliau sebagai pemimpin yang tidak cukup matang.

Kenapa Anwar bertindak demikian ? DSN maki dia kah? agaknya mungkin dia dah telalu takut dgn DSN atau dah tak tahan diserang hingga kekeringan idea lalu dihamtamnya maki bahasa kesat. Sarjan pun pernah diSMS macam-macam - b***h, yahudi, siap diugut nak bakar kereta! Tapi biaqla rakyat boleh menilai mentaliti pemimpin lagu ni.. sama ada layak atau tidak menjadi pemimpin kita di masa hadapan. Pemimpin atau barisan kepimpinan yang selalu dipengaruhi emosi dalam tindak tanduk mereka akan membawa kecelakaan kepada rakyat. Golongan ini tidak boleh berfikiran rasional untuk membela rakyat apatah lagi menerima teguran, apa yang ada dalam diri mereka ialah dendam kesumat dan akhlak yang rendah. So hentikanlah bersikap seperti budak-budak, jangan sampai bukti sikap mereka disiarkan di internet!

Kalau golongan ini jadi menteri mau dibakarnya satu kampung kerana satu kritikan! dan cadangan. Ish3.. macam filem tamil la pulak, atau dikambus pembangkang dalam tanah seperti Ampatuan & family buat Filipina! Jangan lupa yang negara ini masih ada undang-undang!

Isnin, 9 Mei 2011

Akhirnya Sykt Insuran buta perut di belasah Bank Negara


Pening memikirkan kenaikan harga barang, Bank Asia melaporkan dunia kini dilanda krisis kenaikan harga makanan, dimana kenaikan akan menjejaskan ekonomomi dunia terutama negara yang bergantung sepenuhnya kepada import makanan seperti Singapore, kita juga tak terlepas dari tempias ni, maka sebab itu sekarang ni kos sara hidup semakin meningkat disebabkan kenaikan harga barang makanan.

Pekara ni mungkin tak boleh dielak, tapi sebalik kenaikan itu dan ini ada juga perkara yang boleh dikawal kerajaan. Berita baiknya, sykt insuran telah diwarning oleh BNM setelah campur tangan Dato Najib. Apa tidaknya, sykt insuran yang buta perut paksa pemilik kereta tua ambil insuran 1st party! Apa lagi tahun lepas kami protes dan mintak BNM tarik balik lesen sykt insuran yang buta perut ! lihat usul

Usul UMNO Cawangan Jalan Badlishah pada 29/05/10
by Sarjan Hassan on Sunday, 30 May 2010 at 08:45
1. Mengkaji semula pemberian kelulusan lesen perjudian Piala Dunia kepada Berjaya Group atas sebab berikut;

a) Berjudi adalah bertentangan dengan syariat Islam, dan agama Rasmi Malaysia adalah Islam.
b) Berjudi boleh menyebabkan bertambahnya masalah sosial dalam masyarakat.

2. Minta kerajaan melalui Bank Negara membatalkan lesen syarikat insuran yang ingkar tidak mahu memperbaharui insuran 3rd party kerana;

a) Menindas golongan pendapatan rendah
b)Tidak wujud kebertanggungjawaban sosial dikalangan sykt insurans
c)Imej UMNO BN akan tercalar lagi kerana dilihat tidak perihatin dengan golongan pendapatan rendah

Alhamdulilah ternyata usul ini dengari pemimpin dan tindakan telah diambil klik sini

Nampaknya cakap-cakap orang, usul dibuat selalunya tiada tindakan tidak benar kerana kita dah nampak buktinya disini. Yang pentingrakyat untung! Terima kasih Tok Najib krn mendahulukan rakyat! Hanya bersenjatakan laptop & wifi insyallah taktik gerila Sarjan Hassan akan diteruskan..

Ahad, 1 Mei 2011

Marahkan Nyamuk dibakarnya kelambu


Jeritan hidup Melayu! berkumandang dalam stadium Suka Menanti menyambut kedatangan Tun Dr Mahathir. Hari ni ada Melayu yang segan nak sebut Hidup Melayu takut di chop sebagai rasis. Perkasa dan Utusan Melayu pun dituduh rasis..semua yang melayu ni rasis belaka, apa sekolah cina tu tak rasis ka? depa sanggup bermati-matian mempertahankan sekolah cina tidak dianggap rasis sebaliknya kita yang mempertahankan perkara 153 dianggap rasis?

Aku cukup teruja dengan ucapan Tun yang penuh selamba tapi cukup tajam perlinya, tinggi sungguh skill Tun, maklumlah orang berpengalaman.. 85 tahun umurnya, pelbagai pencapaian dibawaknya termasuklah di Kedah. Sempat dia tuju pantun perli kat rakyat Kedah..

Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
BUDI YANG BAIK DI LUPA JUGA..

Cukup tajam.... aduhai rakyat Kedah, marahkan nyamuk dibakarnya kelambu..