Negara Ku, Tanah Tumpahnya Darahku, Memerdekakan bangsa dari pemimpin kayu, Mendaulatkan Islam tanpa segan silu, Memartabatkan agama dan bangsaku
Isnin, 17 Oktober 2011
Amaran: Jangan naik angin kalau nama tak naik!
Hari ini dalam keghairahan bercakap tentang siapa 'winnable candidate' sebenarnya ramai yang terlupa sebab utama BN kalah TKO pada PRU yang lepas.
Kalau dulu calun BN kalau diletak siapa pun pasti menang, tapi hari ini rakyat dah kalih 360 darjah.. calon cap Kunci pun boleh menang! menang besaq pulak tu ! rakyat hari ni semakin bijak, maklumat bukan hanya digarap melalui TV dan surat khabar, depa dah boleh menilai.
Di Kedah, kekalahan BN pada masa lalu kerana rakyat sangat meluat pada sikap pemimpin terutamanya UMNO, dan kemenangan PR dan PAS adalah bagi menghukum BN .Diantara sebab apa rakyat meluat ialah;
1. Ego dan bodoh Sombong
Macam kaduk naik junjung. Nak orang hormat depa lebih-lebih sedangkan depa lupa yang depa dapat jawatan tu sebab rakyat yang pilih. Patutnya depa kena tegur dan sapa rakyat bukan sebaliknya.
2. Sabotaj
Bodoh dan tak pikiaq panjang. Politik dalaman cantas-mencantas berlebih-lebihan. Sampai ahli-ahli sendiri berpecah belah.
3. Takut pada bayang-bayang
Pemimpin merasakan hanya mereka sahaja yang layak memimpin hingga ke akhir hayat, golongan cerdik pandai dianggap sebagai ancaman kepada kepimpinan mereka.
4. Tidak takut pada Allah
Rasuah ni dah jadi perkara biasa, bila wujud kepimpinan beli-undi wujud berleluasa maka turunlah bala.
Kesimpulan;
Kalu nak BN menang jgn la pilih calon-calon yang ada kreteria diatas untuk PRU ke 13.
Langgan:
Catatan (Atom)