Isnin, 14 November 2011

Duit Sekolah Vs Duit Balak.. Negeri Kebajikan Tengkorak Hangpa!

Setiap hari Sarjan rasa meluat tengok gambar Ostad Azizan tersengih dok kerenyeh sakan di kepala simpang pabila dipuji Jabatan Audit dek usahanya menambah pendapatan negeri dengan membalak di Kedah.

Pasai pa menyampah pulak ? Sepatutnya Sarjan dan orang Kedah syukur dengan figure-figure pendapatan tersebut, kerna itu petandanya semakin makmurlah rakyat Kedah tak perlulah kerajaan negeri pinjam duit sana-sini-sinun untuk membaiki jalan, tapi peliknya semakin tinggi kutipan semakin bergerutu, berlopak, bersopak jalan negeri. Macam lepas perang!. Tayar kereta Sarjan baru saja ditukaq pecah habis dimamah lopak jalan area Bukit Selambau nasib baik rim tak bengkok! tayar yang selalunya tahan 2 tahun, jadi 1 tahun. ooo.. Patutla banyak kedai tayar tumbuh bagaikan lepas hujan di area Merbok ni!

Ingatkan Menteri Pelajaran pelajaran umum duit RM100 bantuan pelajaran dapatlah beli buku anak alih-alih kena channel pulak duit tu pi tang tayar! cilakoi sungguh.. tak pa tahun ni Sarjan tukar tayar.. tahun depan tukar kerajaan.

Rakyat dah meluat sangat dah.. rakyat tau mana intan, mana kaca.. tok sah dok gebang pendapatan juta-juta jika rakyat tak merasa, lebih teruk lagi jika rakyat sengsara.. siap hangpa tahun depan..