Selasa, 27 Disember 2011

Betoi ka ada Masjid Solat dua Imam Jumaat di Kedah?


KUALA TERENGGANU 16 Dis. - Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengesan 11 buah masjid yang tidak diiktiraf kerajaan beroperasi di negeri ini sehingga mendorong berlaku kejadian solat berasingan dalam satu kariah.

Pesuruhjaya JHEAT, Mohd. Rozali Salleh berkata, kebanyakan masjid tersebut terletak di Besut dan Marang.

Bagaimanapun katanya, jumlah masjid tidak diiktiraf kerajaan menurun berbanding 23 buah sebelum ini.

''JHEAT telah membuat pemantauan dan akan menyerahkan laporan lengkap kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk tindakan lanjut.

''Sebuah jawatankuasa kecil akan ditubuhkan bagi memperhalusi perkara itu sebelum dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin,'' katanya kepada pemberita, di sini.

Hari ini, Sultan Mizan melahirkan rasa dukacita kerana masih berlaku kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah di Terengganu.

Baginda bertitah, kejadian seumpama itu boleh mencemar serta menodai kesucian agama Islam seterusnya menyebabkan umat Islam dihina dan dipermainkan.

Mengulas lanjut, Mohd. Rozali berkata, senario itu dikesan berlaku sejak sekian lama berikutan wujud pihak tertentu cuba menghalang pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan.

"Ada juga segelintir penduduk bertindak luar jangkaan dengan tidur di bawah jengkaut bagi menghalang tindakan kita," katanya.

Beliau juga berharap supaya tiada mana-mana pihak yang mencampuri urusan pentadbiran di masjid-masjid di negeri ini dengan politik atau kepartian.- Utusan Malaysia

Di Kedah benda ni tak mustahil boleh berlaku kalau puak-puak taksub tu tak habis-habis dok guna mimbar masjid dan surau untuk bawa ideologi politik. Baru-baru di sebuah surau diri Jumaat disini bersebur-sembur bekempen sakan atas mimbar supaya tolak kepimpinan sebab kepimpinan salah laku dgn mengambil contoh kepincangan projek NFC.

Yang baguihnya kutbah kali ni, syaitan yg bergayut kat mata pun lari terkejut, maksudnya.. Sarjan yg tersengguk pun jadi cerah berderang bijik mata menyirap . Ni khutbah Jumaat ka ceramah politik? Tapi dek teringatkan ceramah Ustaz Kazim maksud assobiyah- Kata Uztad Kazim maksud assobiyah tu mempertahankan geng/bangsa/kawan/grop walaupun apa yg depa buat tu adalah salah, so dengan pemikiran positif menolak assobiyah dlm diri sarjan..mmg sarjan akui berlaku kepincangan dlm projek NFC, bahkan sarjan mohon pihak berkuasa siasat sehabisnya.

Tapi adilkah kepincangan geng sendiri tak nampak tapi kepincangan orang lain bukan main dihighlight sakan? mana lebih bahaya isu NFC ni berbanding atau isu Murtad di DUMC Selangor? kenapa pak imam tak bangkit isu usaha memurtadkan orang Islam di DUMC sama?.. kenapa pak imam tak tolong defend Dr Hassan Ali? .

Hmm memang susah berlaku adilkan? tapi takut tak dapat berlaku adil dan memecah belahkan umat diatas mimbar baik bagi org lain saja yang khutbah. Lepas ni jgn pulak salah kariah tu nanti bila muncul 2 imam !