Once A Tiger Always A Tiger..
Negara Ku, Tanah Tumpahnya Darahku, Memerdekakan bangsa dari pemimpin kayu, Mendaulatkan Islam tanpa segan silu, Memartabatkan agama dan bangsaku
Ahad, 29 Januari 2012
Sokong negara Israel kerana takut di PECAT
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=vm_dCF-Iegg
Teringat kata-kata sahabat Perkasa Kedah sewaktu pulang dari Tg Dawai semalam, menunjuk bertapa lawak dan karutnya prinsip PAS yg satu ketika dulu berpaksikan akhirat kini pusing 360 darjah untuk menjahanamkan umat Islam. Itulah politik PAS hari ini. Sedangkan partnernya, si DAP tetap steady dengan prinsipnya yang tak berubah untuk menjahanamkan umat Islam dan Melayu. Hari ini, nampaknya kedua-dua dah bergabung untuk menjahanamkan umat Islam.
Diantara perbandingan PAS vs DAP ialah;
1. Karpal Singh - Langkah Mayat nak tubuh negara Islam - DAP (Tiada Tindakan)
2. Karpal Singh - Maki TKMPP 2 - DAP (Tiada Tindakan)
3. Ronnie Liew - Halang penguasa rampas arak - DAP ( Tiada Tindakan)
4. Hassan ALi - Halang murtad - PAS (di pecat)
Siapa dalam PAS berani hamtam ANwar Ibrahim sebab sokong negara Israel? hah siapa? siapa ? cakap? nak mampus? mau ikut Hassan Ali?...
Hebat sungguh PAS... maka memang benar kita semakin menghampiri penghujung zaman..
Selasa, 27 Disember 2011
Betoi ka ada Masjid Solat dua Imam Jumaat di Kedah?
KUALA TERENGGANU 16 Dis. - Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengesan 11 buah masjid yang tidak diiktiraf kerajaan beroperasi di negeri ini sehingga mendorong berlaku kejadian solat berasingan dalam satu kariah.
Pesuruhjaya JHEAT, Mohd. Rozali Salleh berkata, kebanyakan masjid tersebut terletak di Besut dan Marang.
Bagaimanapun katanya, jumlah masjid tidak diiktiraf kerajaan menurun berbanding 23 buah sebelum ini.
''JHEAT telah membuat pemantauan dan akan menyerahkan laporan lengkap kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk tindakan lanjut.
''Sebuah jawatankuasa kecil akan ditubuhkan bagi memperhalusi perkara itu sebelum dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin,'' katanya kepada pemberita, di sini.
Hari ini, Sultan Mizan melahirkan rasa dukacita kerana masih berlaku kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah di Terengganu.
Baginda bertitah, kejadian seumpama itu boleh mencemar serta menodai kesucian agama Islam seterusnya menyebabkan umat Islam dihina dan dipermainkan.
Mengulas lanjut, Mohd. Rozali berkata, senario itu dikesan berlaku sejak sekian lama berikutan wujud pihak tertentu cuba menghalang pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan.
"Ada juga segelintir penduduk bertindak luar jangkaan dengan tidur di bawah jengkaut bagi menghalang tindakan kita," katanya.
Beliau juga berharap supaya tiada mana-mana pihak yang mencampuri urusan pentadbiran di masjid-masjid di negeri ini dengan politik atau kepartian.- Utusan Malaysia
Di Kedah benda ni tak mustahil boleh berlaku kalau puak-puak taksub tu tak habis-habis dok guna mimbar masjid dan surau untuk bawa ideologi politik. Baru-baru di sebuah surau diri Jumaat disini bersebur-sembur bekempen sakan atas mimbar supaya tolak kepimpinan sebab kepimpinan salah laku dgn mengambil contoh kepincangan projek NFC.
Yang baguihnya kutbah kali ni, syaitan yg bergayut kat mata pun lari terkejut, maksudnya.. Sarjan yg tersengguk pun jadi cerah berderang bijik mata menyirap . Ni khutbah Jumaat ka ceramah politik? Tapi dek teringatkan ceramah Ustaz Kazim maksud assobiyah- Kata Uztad Kazim maksud assobiyah tu mempertahankan geng/bangsa/kawan/grop walaupun apa yg depa buat tu adalah salah, so dengan pemikiran positif menolak assobiyah dlm diri sarjan..mmg sarjan akui berlaku kepincangan dlm projek NFC, bahkan sarjan mohon pihak berkuasa siasat sehabisnya.
Tapi adilkah kepincangan geng sendiri tak nampak tapi kepincangan orang lain bukan main dihighlight sakan? mana lebih bahaya isu NFC ni berbanding atau isu Murtad di DUMC Selangor? kenapa pak imam tak bangkit isu usaha memurtadkan orang Islam di DUMC sama?.. kenapa pak imam tak tolong defend Dr Hassan Ali? .
Hmm memang susah berlaku adilkan? tapi takut tak dapat berlaku adil dan memecah belahkan umat diatas mimbar baik bagi org lain saja yang khutbah. Lepas ni jgn pulak salah kariah tu nanti bila muncul 2 imam !
Isnin, 14 November 2011
Duit Sekolah Vs Duit Balak.. Negeri Kebajikan Tengkorak Hangpa!
Pasai pa menyampah pulak ? Sepatutnya Sarjan dan orang Kedah syukur dengan figure-figure pendapatan tersebut, kerna itu petandanya semakin makmurlah rakyat Kedah tak perlulah kerajaan negeri pinjam duit sana-sini-sinun untuk membaiki jalan, tapi peliknya semakin tinggi kutipan semakin bergerutu, berlopak, bersopak jalan negeri. Macam lepas perang!. Tayar kereta Sarjan baru saja ditukaq pecah habis dimamah lopak jalan area Bukit Selambau nasib baik rim tak bengkok! tayar yang selalunya tahan 2 tahun, jadi 1 tahun. ooo.. Patutla banyak kedai tayar tumbuh bagaikan lepas hujan di area Merbok ni!
Ingatkan Menteri Pelajaran pelajaran umum duit RM100 bantuan pelajaran dapatlah beli buku anak alih-alih kena channel pulak duit tu pi tang tayar! cilakoi sungguh.. tak pa tahun ni Sarjan tukar tayar.. tahun depan tukar kerajaan.
Rakyat dah meluat sangat dah.. rakyat tau mana intan, mana kaca.. tok sah dok gebang pendapatan juta-juta jika rakyat tak merasa, lebih teruk lagi jika rakyat sengsara.. siap hangpa tahun depan..
Isnin, 17 Oktober 2011
Amaran: Jangan naik angin kalau nama tak naik!
Hari ini dalam keghairahan bercakap tentang siapa 'winnable candidate' sebenarnya ramai yang terlupa sebab utama BN kalah TKO pada PRU yang lepas.
Kalau dulu calun BN kalau diletak siapa pun pasti menang, tapi hari ini rakyat dah kalih 360 darjah.. calon cap Kunci pun boleh menang! menang besaq pulak tu ! rakyat hari ni semakin bijak, maklumat bukan hanya digarap melalui TV dan surat khabar, depa dah boleh menilai.
Di Kedah, kekalahan BN pada masa lalu kerana rakyat sangat meluat pada sikap pemimpin terutamanya UMNO, dan kemenangan PR dan PAS adalah bagi menghukum BN .Diantara sebab apa rakyat meluat ialah;
1. Ego dan bodoh Sombong
Macam kaduk naik junjung. Nak orang hormat depa lebih-lebih sedangkan depa lupa yang depa dapat jawatan tu sebab rakyat yang pilih. Patutnya depa kena tegur dan sapa rakyat bukan sebaliknya.
2. Sabotaj
Bodoh dan tak pikiaq panjang. Politik dalaman cantas-mencantas berlebih-lebihan. Sampai ahli-ahli sendiri berpecah belah.
3. Takut pada bayang-bayang
Pemimpin merasakan hanya mereka sahaja yang layak memimpin hingga ke akhir hayat, golongan cerdik pandai dianggap sebagai ancaman kepada kepimpinan mereka.
4. Tidak takut pada Allah
Rasuah ni dah jadi perkara biasa, bila wujud kepimpinan beli-undi wujud berleluasa maka turunlah bala.
Kesimpulan;
Kalu nak BN menang jgn la pilih calon-calon yang ada kreteria diatas untuk PRU ke 13.