Khamis, 9 Jun 2011

Rakyat Merempat di Negeri Kebajikan


Lapaq punya pasai, tat sat Sarjan pi pekena KFC di Jam besar Sg Petani. Tetiba terpandang seorang pak tua sedang baik punya landing tepi dinding KFC tu. Ingatkan 'security guard' KFC, rupanya pakcik tua dalam lingkungan 60an tumpang kaki lima KFC jadi 'homestay' tetap dia diwaktu malam.

Ingatkan sorang ja.. tu tup di sebelah depan tepi Tabung Haji ada lagi dua orang tua usia 60an sedang hampaq kertas kotak untuk 'check-in' homestay di situ. Lalu Sarjan pung pi interview pakcik tu.. "Pakcik mai mana ni?.. mai Tong Kang Yard Alor Star nak.. kayuh basikal dari Alor Setar nak lepak sampai sini? biaq betoi! Sambil huloq duit ubat nyamuk Sarjan pung angkat tangan dah beredar dari situ..

Amboi .. laku sungguh 'homestay' kaki lima KFC jam besaq sampai 2-3 orang 'check-in' satu malam. Suka atau tidak, nampaknya.. slogan negara kebajikan sudah menampakkan hasil. Pemerintahan kerajaan negeri 'Sejahtera' ditambah pula dengan negara kebajikan maka hasilnya wujud golongan warga tua berkeliaran tidoq di kaki lima jalan.

"Amboi!.. Orang tidoq di Kaki lima pun kerajaan negeri kena amik tau ka? Ini urusan Jabatan Kebajikan .. bukan masalah negeri"! kata puak-puak tu... hmm betoi jugaktu.. hmm.. tapi, pasai pa zaman kerajaan negeri yang dulu tak pernah ada warga tua merempat tidoq di tepi jalan? hmm .. Sejahtera ka negeri aku ni?

1 ulasan:

  1. Salam tuan,

    Jangan dok fitnah. Nie mesti bukan kat Kedah ni. Mesti kat Danok ka, Yala ka. Di Kedah mana ada org merempat. Yang paling miskin pun duduk kondominium empat bilik -kerajaan PR bagi. Hehehe...

    BalasPadam