Selasa, 27 Disember 2011

Betoi ka ada Masjid Solat dua Imam Jumaat di Kedah?


KUALA TERENGGANU 16 Dis. - Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengesan 11 buah masjid yang tidak diiktiraf kerajaan beroperasi di negeri ini sehingga mendorong berlaku kejadian solat berasingan dalam satu kariah.

Pesuruhjaya JHEAT, Mohd. Rozali Salleh berkata, kebanyakan masjid tersebut terletak di Besut dan Marang.

Bagaimanapun katanya, jumlah masjid tidak diiktiraf kerajaan menurun berbanding 23 buah sebelum ini.

''JHEAT telah membuat pemantauan dan akan menyerahkan laporan lengkap kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk tindakan lanjut.

''Sebuah jawatankuasa kecil akan ditubuhkan bagi memperhalusi perkara itu sebelum dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin,'' katanya kepada pemberita, di sini.

Hari ini, Sultan Mizan melahirkan rasa dukacita kerana masih berlaku kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah di Terengganu.

Baginda bertitah, kejadian seumpama itu boleh mencemar serta menodai kesucian agama Islam seterusnya menyebabkan umat Islam dihina dan dipermainkan.

Mengulas lanjut, Mohd. Rozali berkata, senario itu dikesan berlaku sejak sekian lama berikutan wujud pihak tertentu cuba menghalang pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan.

"Ada juga segelintir penduduk bertindak luar jangkaan dengan tidur di bawah jengkaut bagi menghalang tindakan kita," katanya.

Beliau juga berharap supaya tiada mana-mana pihak yang mencampuri urusan pentadbiran di masjid-masjid di negeri ini dengan politik atau kepartian.- Utusan Malaysia

Di Kedah benda ni tak mustahil boleh berlaku kalau puak-puak taksub tu tak habis-habis dok guna mimbar masjid dan surau untuk bawa ideologi politik. Baru-baru di sebuah surau diri Jumaat disini bersebur-sembur bekempen sakan atas mimbar supaya tolak kepimpinan sebab kepimpinan salah laku dgn mengambil contoh kepincangan projek NFC.

Yang baguihnya kutbah kali ni, syaitan yg bergayut kat mata pun lari terkejut, maksudnya.. Sarjan yg tersengguk pun jadi cerah berderang bijik mata menyirap . Ni khutbah Jumaat ka ceramah politik? Tapi dek teringatkan ceramah Ustaz Kazim maksud assobiyah- Kata Uztad Kazim maksud assobiyah tu mempertahankan geng/bangsa/kawan/grop walaupun apa yg depa buat tu adalah salah, so dengan pemikiran positif menolak assobiyah dlm diri sarjan..mmg sarjan akui berlaku kepincangan dlm projek NFC, bahkan sarjan mohon pihak berkuasa siasat sehabisnya.

Tapi adilkah kepincangan geng sendiri tak nampak tapi kepincangan orang lain bukan main dihighlight sakan? mana lebih bahaya isu NFC ni berbanding atau isu Murtad di DUMC Selangor? kenapa pak imam tak bangkit isu usaha memurtadkan orang Islam di DUMC sama?.. kenapa pak imam tak tolong defend Dr Hassan Ali? .

Hmm memang susah berlaku adilkan? tapi takut tak dapat berlaku adil dan memecah belahkan umat diatas mimbar baik bagi org lain saja yang khutbah. Lepas ni jgn pulak salah kariah tu nanti bila muncul 2 imam !

Isnin, 14 November 2011

Duit Sekolah Vs Duit Balak.. Negeri Kebajikan Tengkorak Hangpa!

Setiap hari Sarjan rasa meluat tengok gambar Ostad Azizan tersengih dok kerenyeh sakan di kepala simpang pabila dipuji Jabatan Audit dek usahanya menambah pendapatan negeri dengan membalak di Kedah.

Pasai pa menyampah pulak ? Sepatutnya Sarjan dan orang Kedah syukur dengan figure-figure pendapatan tersebut, kerna itu petandanya semakin makmurlah rakyat Kedah tak perlulah kerajaan negeri pinjam duit sana-sini-sinun untuk membaiki jalan, tapi peliknya semakin tinggi kutipan semakin bergerutu, berlopak, bersopak jalan negeri. Macam lepas perang!. Tayar kereta Sarjan baru saja ditukaq pecah habis dimamah lopak jalan area Bukit Selambau nasib baik rim tak bengkok! tayar yang selalunya tahan 2 tahun, jadi 1 tahun. ooo.. Patutla banyak kedai tayar tumbuh bagaikan lepas hujan di area Merbok ni!

Ingatkan Menteri Pelajaran pelajaran umum duit RM100 bantuan pelajaran dapatlah beli buku anak alih-alih kena channel pulak duit tu pi tang tayar! cilakoi sungguh.. tak pa tahun ni Sarjan tukar tayar.. tahun depan tukar kerajaan.

Rakyat dah meluat sangat dah.. rakyat tau mana intan, mana kaca.. tok sah dok gebang pendapatan juta-juta jika rakyat tak merasa, lebih teruk lagi jika rakyat sengsara.. siap hangpa tahun depan..


Isnin, 17 Oktober 2011

Amaran: Jangan naik angin kalau nama tak naik!


Hari ini dalam keghairahan bercakap tentang siapa 'winnable candidate' sebenarnya ramai yang terlupa sebab utama BN kalah TKO pada PRU yang lepas.

Kalau dulu calun BN kalau diletak siapa pun pasti menang, tapi hari ini rakyat dah kalih 360 darjah.. calon cap Kunci pun boleh menang! menang besaq pulak tu ! rakyat hari ni semakin bijak, maklumat bukan hanya digarap melalui TV dan surat khabar, depa dah boleh menilai.

Di Kedah, kekalahan BN pada masa lalu kerana rakyat sangat meluat pada sikap pemimpin terutamanya UMNO, dan kemenangan PR dan PAS adalah bagi menghukum BN .Diantara sebab apa rakyat meluat ialah;

1. Ego dan bodoh Sombong

Macam kaduk naik junjung. Nak orang hormat depa lebih-lebih sedangkan depa lupa yang depa dapat jawatan tu sebab rakyat yang pilih. Patutnya depa kena tegur dan sapa rakyat bukan sebaliknya.

2. Sabotaj

Bodoh dan tak pikiaq panjang. Politik dalaman cantas-mencantas berlebih-lebihan. Sampai ahli-ahli sendiri berpecah belah.

3. Takut pada bayang-bayang

Pemimpin merasakan hanya mereka sahaja yang layak memimpin hingga ke akhir hayat, golongan cerdik pandai dianggap sebagai ancaman kepada kepimpinan mereka.

4. Tidak takut pada Allah

Rasuah ni dah jadi perkara biasa, bila wujud kepimpinan beli-undi wujud berleluasa maka turunlah bala.


Kesimpulan;

Kalu nak BN menang jgn la pilih calon-calon yang ada kreteria diatas untuk PRU ke 13.

Khamis, 15 September 2011

Mat Sabun Frust Hotel Kamunting ditutup


Pelbagai cerita direka, pelbagai ceramah dan lakonan dibuat bagi mengumpan kerajaan memungkinkan dia disumbat semula ke Hotel Kemunting, namun dengan kebijaksanaan DS Najib telah menghapuskan cita-cita dan modal besar Mat Sabu untuk menghidupkan semula kebencian rakyat terhadap polisi ISA kerajaan.

Ohh.. sungguh keciwa .. impian dengan bermodalkan politik Komunis Mat Sabu untuk kembali menginap hotel ISA di Kemunting kini tinggal kenangan, setelah umpan yang ditabur Mat Sabu tidak disambar oleh ikan. Agaknya, bertambah meluap-luaplah kemarahan Mat Sabu pada DS Najib lepas ni. Jenuh pula lah dia nak memikirkan umpan apa pulaklah nak diguna, selepas ni untuk menambah kebencian rakyat pada kerajaan.

Sebenarnya Mat Sabu and the Gang sedar kemenangan PR pada pilihanraya lalu bukanlah disebabkan mereka tu bagus atau rakyat suka pada mereka, tetapi lebih kepada kemeluatan rakyat terhadap kelakuan segelintir pemimpin kerajaan pada masa itu. Mat Sabu and the Gang sedar untuk terus kekalkan momentum kemenangan PR pada PRU akan datang, mereka perlu terus meningkatkan kebencian rakyat kepada pimpinan DS Najib.

Namun dan sedikit sebanyak usahanya terkantoi dek penghapusan ISA. So kita tunggu la pulak modal apa pulak lepas ni .. tak mustahil lepas ni dia iktiraf group Al-Maunah sebagai pejuang.. agaknyalah...

Isnin, 12 September 2011

Khalid Gereja Dibasuh Kariah Masjid Sek 17

Ramadan yang lalu Sarjan sempat bermukim di Uitm Shah Alam, mengikut geng pekebun kecil RISDA di Konvensyen GABEM. Di kesempatan tu Sarjan sempat singgah di Sek 17 Shah Alam untuk solat Jumaat. Tak sangka hari tu ada tazkirah pulak.. ingatkan tazkirah pak Imam, rupanya pak Khalid!. Patutla muka macam biasa tengok, mula-mula dia start tazkirah ok lah .. sampaikan salam president Palestin la.. bla.. bla.. lepas tu dia start mengarut pasai bersih la.. dakwah pada orang kapir la (waktu tu tengah hangat isu gereja diserbu MAIS) pada hal yang orang kapir nak murtadkan orang Islam adalah. Pandai sungguh dia spin..

Tapi khariah Masjid tak bodoh la.. beberapa jemaah masjid yang tak puas hati terus mangkit tempelak si Khalid suh berenti tazkirah.. jemaah yang terus belah keluar masjid pun ada.. jemaah yang merungut di belakang tak kurang jugak.. apa tidaknya waktu dah masuk, kariah nak kejar waktu kerja, tapi si Khalid tak habis-habis dok merepek .. Nasib baik bukan kariah Sarjan .. kalau tidak..

Nampaknya YB pak Khalid ni mmg jenis tak tau malu.. sanggup tebal mukakena tempelak dengan kariah sebegitu.. untuk menagih simpati dan sokongan. Mungkin rakyat Shah Alam dah sedar depa dah tersilap pilih ahli parlimen dan pak YB pun jadi Desperado agaknya...

Tentunya kita boleh menilai peristiwa ini, satu pihak suka ambil kesempatan menggunakan masjid untuk pecah belah masyarakat manakala satu pihak lagi berusaha untuk meningkatkan ekonomi orang Islam melalui GABEM dan sebagainya... so fikir-fikirkanlah.. Semoga orang Shah Alam tak tersilap wakil rakyat in next general election.

Jumaat, 22 Julai 2011

People Republic of Malaysia


Hangpa heran tak, kenapa tiba-tiba komunisme nak dibangkitkan semula? Sedangkan Komunisme di negara pengasasnya Russia pung dah mampuih, tup-tup ada yang nak bangkitkannya semula? berapa ramai askar MELAYU dan polis MELAYU mati kerana komunisme, Apa rasionalnya dibangkitkan semula perjuangan komunisme? mudah..

1. Kerana bila komunisme diamalkan maka terhapuslah kuasa Sultan dan YDPA.

2. Bila terhapus kuasa sultan dan YDPA maka terhapus juga kedudukan agama Islam dan hak orang Melayu, maka tercapailah matlamat perhimpunan Paderi di Penang dan cita-cita DAP sebagai penganjurnya.

Cuba kita lihat, grop haram jadah mana yang memperjuangkan semula komunisme? siapa ketua mereka? siapa pula cuba nak menangguk di air yang keroh dalam isu ini? Bab terlalu cintakan kuasa dan nikmat dunia tak terbatas kepada orang kapir sahaja, orang Islam pun ramai.. baik penyokong kerajaan dan lebih-lebih lagi puak pembangkang, hingga terlupa apa yang mereka perjuangkan itu menggadai Agama.

Yang paling bahaya, ada pemimpin sampah BN yang sanggup berjuang untuk membebaskan pemimpin yang cuba membangkitkan komunisme.Klik sini. Malaysia ni dah aman sejahtera sangatka sampai dah tak dak benda lain lagi ka nak diperjuangkan? kalu utk memdapat perhatian dan publisiti murah pun agak2la..

Eloklah biawak hidup ni tak dicalon semula sebagai pemimpin, kalau lekat jugak silap haribulan negara kita jadi People Republic of Malaysia..

Ahad, 3 Julai 2011

perSETANkan demokrasi jika..



Rasa puas sebab kehadiran umat Melayu seantero Kedah berduyun-duyun memenuhi dewan SMVSP2, tempat Sarjan menuntut ilmu dulu. Kehadiran yang ramai membuatkan Sarjan berasa tak sia-sia usaha Alumni bekas pelajar SMVSP2 memohon dan meyakinkan Pengetua Sekolah untuk diadakan mesyuarat Perkasa disitu, walaupun usaha Perkasa negeri menggunakan dewan sekolah lain pernah di'reject' dan di 'sabotaj' tahun lepas.

Dulu Sarjan agak prejudis dengan Dato Ibrahim Ali ni, al-maklumlah sejarah dia dulu yang suka 'melompat', sebab tu Sarjan agak lambat untuk masuk Perkasa sebab kita nak study dulu hala tujunya, sama ada bermotifkan peribadi atau betul2 pejuang agama & bangsa.

Selepas study dan follow 2-3 ucapan dia ternyata kita patut bersyukur di Malaysia ni masih ada orang sepertinya. Kiranya orang Cina ada NGO sebagai pendesak dasar kerajaan yang lantang seperti Dong Zhong, Siu Kiu dan apa bala lagi tah, KITA orang melayu ada NGO yang lantang dan berani seperti PERKASA!

Biaq pi hang la UMNO.., sebab dari dulu lagi hangpa memang hanya dok geli dan berani berkelahi berebut 'post' dan projek, sementara PAS pulak, dulu agenda negara Islam sekarang pulak tukar tajuk sebab terpukau dengan kilauan dunia dek pengaruh kawan-kawan DAP depa yang musang bebulu ayam. Bukankah DAP bercita-cita mahu agama Kristian jadi agama rasmi Malaysia? kata geng PAS ini semua Fitnah! Fitnah! habis tu, siapa dalang yang anjurkan perhimpunan paderi sedunia di Penang? bukankah mereka sicelaka DAP! siapa pula barua DAP? siapa pula sahabat setidoq sebantal PAS & PGayR..? walau PAS dan PgayR dibutakan mata oleh DAP tapi masih ada seorang umat Islam Melayu ahli DAP masih belom sebuta PAS dan PgayR !

Dalam perhimpunan paderi tu, seorang paderi dari Afrika Selatan berdoa semoga KRISTIAN MENJADI AGAMA RASMI MALAYSIA DAN PM MALAYSIA ORANG KRISTIAN! NAUZUBILLAH !dan doa ni di AMEEN kan beramai-ramai oleh paderi-paderi lain! Ya Allah Menyirap darah Sarjan! Tiba-tiba terpacul perkataan J I H A D dan S H A H I D di kepala Sarjan.

So kepada sahabat Sarjan yang masih taksub dengan parti-parti pendokong bersih 2.0 Sarjan berdoa semoga diberi hidayah oleh Allah SWT dibuka mata dan hati mereka melihat kebenaran ini, janganlah terlalu taksub dan emosi hingga bangsa berpecah dan agama kita terbalik.. bak kata Dato Ibrahim Ali persetankan demokrasi sekiranya ia tidak meletakkan Islam sebagai keutamaan.

Allahuakbar!

Khamis, 9 Jun 2011

Rakyat Merempat di Negeri Kebajikan


Lapaq punya pasai, tat sat Sarjan pi pekena KFC di Jam besar Sg Petani. Tetiba terpandang seorang pak tua sedang baik punya landing tepi dinding KFC tu. Ingatkan 'security guard' KFC, rupanya pakcik tua dalam lingkungan 60an tumpang kaki lima KFC jadi 'homestay' tetap dia diwaktu malam.

Ingatkan sorang ja.. tu tup di sebelah depan tepi Tabung Haji ada lagi dua orang tua usia 60an sedang hampaq kertas kotak untuk 'check-in' homestay di situ. Lalu Sarjan pung pi interview pakcik tu.. "Pakcik mai mana ni?.. mai Tong Kang Yard Alor Star nak.. kayuh basikal dari Alor Setar nak lepak sampai sini? biaq betoi! Sambil huloq duit ubat nyamuk Sarjan pung angkat tangan dah beredar dari situ..

Amboi .. laku sungguh 'homestay' kaki lima KFC jam besaq sampai 2-3 orang 'check-in' satu malam. Suka atau tidak, nampaknya.. slogan negara kebajikan sudah menampakkan hasil. Pemerintahan kerajaan negeri 'Sejahtera' ditambah pula dengan negara kebajikan maka hasilnya wujud golongan warga tua berkeliaran tidoq di kaki lima jalan.

"Amboi!.. Orang tidoq di Kaki lima pun kerajaan negeri kena amik tau ka? Ini urusan Jabatan Kebajikan .. bukan masalah negeri"! kata puak-puak tu... hmm betoi jugaktu.. hmm.. tapi, pasai pa zaman kerajaan negeri yang dulu tak pernah ada warga tua merempat tidoq di tepi jalan? hmm .. Sejahtera ka negeri aku ni?

Ahad, 29 Mei 2011

Surau Sejahtera


Hari ni, Sarjan waktu habih Isyak di surau, sambil lalu Sarjan ditegur ahli jemaah surau. "Hai orang politik mesti banyak projek ni" lalu jawab Sarjan.. dengan slamba rock, kalau banyak projek, mesti la sibuk.. kalau sibuk boleh kerap singgah surau ka?.. walaupun surau Sarjan tu 'green' kaler tapi sarjan tak kesah kena perli, sbb sarjan pernah kena maki dgn geng sendiri lebih teruk dari tu! tapi, Sarjan ketepikan tu semua demi nak meramaikan surau kerana Allah. Tapi berapa kerat orang yg biasa-biasa ni yang boleh bersabaq macam tu? bila tak meramaikan surau depa kata org tertentu anti surau, bila orang meramaikan surau tak reti jaga hati jemaah, lepas tu depa dok buat heran pulak nanti pasai pa jemaah surau tak bertambah.. bab khutbah Jumaat lagi la hebat hentamnya..tapi mengenangkan nasihat Ustaz Kazim yang menyuruh Sarjan berbaik sangka maka semua tu Sarjan tolak tepi.

Persepsi masyarakat terhadap politik dan projek ta' dapat dipisahkan, walaupun rasanya sarjan ni simple jer kayuh beskal letrik cabuk, bukannya naik Honda Goldwing pi surau..tapi oleh kerana ketiak Sarjan ada bau politik maka itulah persepsi masyarakat..

Bagi sarjan Semua ni asam garam kehidupan, Allah maha mengetahui setiap apa yang hambanya kerjakan. Banyakkan aktiviti pahala dan jauhkan aktiviti dosa..niat kerana Allah SWT.. insyaallah kita diberikan keberkatan. Kita susah pun orang kata, kita senang pun orang kata jugak.. lagu tu biaq kita senang pun tak pa, sebab orang tetap nak kata jugak...

Rabu, 11 Mei 2011

Masih dok rasa baguih



UMNO bakal menyambut ulangtahunnya yang ke-65. Dan dalam tempoh sambutan itu jugalah, maka akan kedengaranlah cerita-cerita manis tentang UMNO, tentang kejayaan UMNO, tentang jasa-jasa UMNO, tentang kehebatan UMNO dan tentang masa hadapan UMNO yang kononnya amat teguh dan perkasa.

Benarkah seperti yang dikatakan? Atau ia sebenarnya sekadar satu lagi cubaan untuk meruntuhkan UMNO sebagai salah sebuah institusi politik negara, seperti mana yang berlaku kepada PAS dan parti-parti Melayu yang lain di negara ini?

UMNO ditubuhkan di Kelab Sultan Sulaiman hasil gabungan idea 200 orang tokoh-tokoh Melayu daripada pelbagai aliran, fahaman dan fikrah politik. UMNO kemudiannya ditubuhkan secara rasmi di Istana Bukit Serene, Johor Bahru dan bermula dari tarikh itu, UMNO dikuasai oleh golongan elit, bangsawan dan jarang memijak tanah dengan telapak kaki!

Selepas pilihanraya tahun 1969, pilihanraya 2008 merupakan prestasi terburuk UMNO selaku parti utama dalam Barisan Nasional. Barisan Nasional kehilangan penguasaan majoriti dua pertiga dan sekiranya Barisan Nasional Sabah serta Sarawak tidak membantu, pastinya UMNO sudah pun menjadi pembangkang dalam parlimen di negara ini.

Namun, apa yang berlaku pada tahun 2008, rupa-rupanya tidak meninggalkan kesan yang besar kepada para pemimpin UMNO. Kebanyakan pemimpin UMNO masih lagi lena diulit tidur yang damai. Mereka masih lagi meneruskan amalan yang telah menyebabkan parti mereka hampir tercampak daripada Putrajaya. Mereka masih lagi berebut-rebut jawatan di dalam parti dan terlalu kurang berusaha untuk menyeret pemimpin-pemimpin dari parti komponen khususnya di Semenanjung untuk merapati para pengundi dan bakal pengundi.

Abdullah Badawi adalah Perdana Menteri TIDUR MALAYSIA yang paling terkenal. Pun begitu, setidur-tidurnya, Barisan Nasional masih lagi mampu menguasai lebih 130 kerusi Parlimen sekalipun bukan dua pertiga. Namun melihat kepada senario terkini, Najib Abdul Razak yang bekerja keras, bakal berhadapan dengan kehilangan kerusi Parlimen yang lebih banyak kerana Ahli-Ahli Parlimen UMNO ramai yang lebih sibuk mengira bini, gundek, duit dalam akaun dan projek yang boleh disapu selain jawatan di dalam UMNO.

Kesemua Perdana Menteri Malaysia naik kerana Perikatan yang kemudian bertukar nama kepada Barisan Nasional. Tanpa Barisan Nasional, tidak akan ada Perdana Menteri UMNO. Yang dapat dilihat sekarang ialah, kesungguhan Najib Abdul Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin untuk menarik sokongan kepada Barisan Nasional dan UMNO.

Malangnya, apa yang dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin agak kurang mendapat sambutan dari kalangan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional, mahupun UMNO. Kebanyakan daripada mereka lebih senang mengambil sikap, 'tak apa, Najib ada'.

Tidak dapat dinafikan, Najib dan Muhyiddin memang popular kerana budaya turun padang mereka. Namun popular kedua-duanya adalah bersifat individu, bukannya membawa bersama UMNO dan Barisan Nasional. Bukan bermaksud kedua-duanya tidak berusaha membawa UMNO dan Barisan Nasional, tetapi sebaliknya UMNO dan Barisan Nasional yang enggan mengikut Najib dan Muhyiddin.

Di dalam UMNO ada Pemuda dan Puteri. Kedua-dua entiti ini sewajarnya menjadi penyambung serta penghubung dengan pengundi-pengundi muda. Namun sebanyak manakah Pemuda dan Puteri telah memainkan fungsi mereka?

Program yang diatur oleh Pemuda, tidak lain hanya untuk menunjukkan betapa kaya dan mewahnya pemimpin muda UMNO dengan kenderaan mewah yang harganya ada kalanya mencecah jutaan ringgit. Corak pendekatan yang dibuat pula hanyalah FUTSAL, bola sepak, karaoke dan segala macam yang seronok-seronok. Jangan tidak, masa kempen pilihanraya, barulah nampak muka ketuanya sibuk mengetuk paku di dinding rumah orang miskin.

Berapa kerat pemimpin muda UMNO yang benar-benar ingin melihat parti tersebut ditunjangi oleh golongan muda? Berapa kerat yang benar-benar turun ke padang dan melakukan sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat, terutama golongan muda yang tidak pernah tahu tentang sejarah perjuangan serta jasa-jasa UMNO atau tidak kisah pun dengan apa yang telah dilakukan oleh UMNO?

Kalau ada pun, jumlah mereka boleh dibilang dengan jari. Umpama mencari jarum di tengah-tengah belukar, pemimpin muda UMNO sebenarnya lebih seronok hendak menunjuk kuasa, bahkan seringkali mengancam untuk memecat keahlian para pengkritik mereka.

Terlalu banyak sebenarnya sikap yang mendatangkan kebencian kepada para pengundi, ditunjukkan oleh para pemimpin UMNO. Sudahlah kebanyakan mereka tinggal di istana kayangan, kaki pula jarang memijak tanah, bahkan makan pun bersudu dan bergarfu emas.

65 tahun UMNO wujud, namun semenjak akhir-akhir ini, UMNO bagaikan lembu yang sudah sedia untuk disembelih dan dilapah terutama dengan kreativiti para pemimpinnya yang akan melakukan apa-apa sahaja asalkan mereka memperolehi jawatan di dalam UMNO dan kabinet.

Justeru, tidak perlulah bermegah-megah dengan pencapaian UMNO selama enam dekad, tetapi renungilah masa yang semakin suntuk untuk UMNO dikambus dan dikuburkan tanpa nisan angkara pemimpin-pemimpin UMNO sendiri!!!

Komen Sarjan :

Hakikatnya masih ramai yang dok rasa diri depa baguih sedangkan parti dah kalah di negeri sendiri! Bila kena tegur melenting nak mampuih! siap nak bakar bagi mampuih ! macam orang hilang akai dah mampuih! Ikut hati, jangan tegur biar pi.. pi mampuih!

Selasa, 10 Mei 2011

Ayoo yoo! amma 'pandikutti'! aaa...


bhnews@bharian.com.my
2011/05/10
Pemimpin UMNO, NGO selar gelaran 'pandikutti' diberi kepada PM

KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO dan badan bukan kerajaan menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelarkan Datuk Seri Najib Razak sebagai 'pandikutti' dalam bahasa Tamil bermaksud anak babi sebagai tindakan tidak bertamadun dan menggambarkan beliau sebagai pemimpin yang tidak cukup matang.

Kenapa Anwar bertindak demikian ? DSN maki dia kah? agaknya mungkin dia dah telalu takut dgn DSN atau dah tak tahan diserang hingga kekeringan idea lalu dihamtamnya maki bahasa kesat. Sarjan pun pernah diSMS macam-macam - b***h, yahudi, siap diugut nak bakar kereta! Tapi biaqla rakyat boleh menilai mentaliti pemimpin lagu ni.. sama ada layak atau tidak menjadi pemimpin kita di masa hadapan. Pemimpin atau barisan kepimpinan yang selalu dipengaruhi emosi dalam tindak tanduk mereka akan membawa kecelakaan kepada rakyat. Golongan ini tidak boleh berfikiran rasional untuk membela rakyat apatah lagi menerima teguran, apa yang ada dalam diri mereka ialah dendam kesumat dan akhlak yang rendah. So hentikanlah bersikap seperti budak-budak, jangan sampai bukti sikap mereka disiarkan di internet!

Kalau golongan ini jadi menteri mau dibakarnya satu kampung kerana satu kritikan! dan cadangan. Ish3.. macam filem tamil la pulak, atau dikambus pembangkang dalam tanah seperti Ampatuan & family buat Filipina! Jangan lupa yang negara ini masih ada undang-undang!

Isnin, 9 Mei 2011

Akhirnya Sykt Insuran buta perut di belasah Bank Negara


Pening memikirkan kenaikan harga barang, Bank Asia melaporkan dunia kini dilanda krisis kenaikan harga makanan, dimana kenaikan akan menjejaskan ekonomomi dunia terutama negara yang bergantung sepenuhnya kepada import makanan seperti Singapore, kita juga tak terlepas dari tempias ni, maka sebab itu sekarang ni kos sara hidup semakin meningkat disebabkan kenaikan harga barang makanan.

Pekara ni mungkin tak boleh dielak, tapi sebalik kenaikan itu dan ini ada juga perkara yang boleh dikawal kerajaan. Berita baiknya, sykt insuran telah diwarning oleh BNM setelah campur tangan Dato Najib. Apa tidaknya, sykt insuran yang buta perut paksa pemilik kereta tua ambil insuran 1st party! Apa lagi tahun lepas kami protes dan mintak BNM tarik balik lesen sykt insuran yang buta perut ! lihat usul

Usul UMNO Cawangan Jalan Badlishah pada 29/05/10
by Sarjan Hassan on Sunday, 30 May 2010 at 08:45
1. Mengkaji semula pemberian kelulusan lesen perjudian Piala Dunia kepada Berjaya Group atas sebab berikut;

a) Berjudi adalah bertentangan dengan syariat Islam, dan agama Rasmi Malaysia adalah Islam.
b) Berjudi boleh menyebabkan bertambahnya masalah sosial dalam masyarakat.

2. Minta kerajaan melalui Bank Negara membatalkan lesen syarikat insuran yang ingkar tidak mahu memperbaharui insuran 3rd party kerana;

a) Menindas golongan pendapatan rendah
b)Tidak wujud kebertanggungjawaban sosial dikalangan sykt insurans
c)Imej UMNO BN akan tercalar lagi kerana dilihat tidak perihatin dengan golongan pendapatan rendah

Alhamdulilah ternyata usul ini dengari pemimpin dan tindakan telah diambil klik sini

Nampaknya cakap-cakap orang, usul dibuat selalunya tiada tindakan tidak benar kerana kita dah nampak buktinya disini. Yang pentingrakyat untung! Terima kasih Tok Najib krn mendahulukan rakyat! Hanya bersenjatakan laptop & wifi insyallah taktik gerila Sarjan Hassan akan diteruskan..

Ahad, 1 Mei 2011

Marahkan Nyamuk dibakarnya kelambu


Jeritan hidup Melayu! berkumandang dalam stadium Suka Menanti menyambut kedatangan Tun Dr Mahathir. Hari ni ada Melayu yang segan nak sebut Hidup Melayu takut di chop sebagai rasis. Perkasa dan Utusan Melayu pun dituduh rasis..semua yang melayu ni rasis belaka, apa sekolah cina tu tak rasis ka? depa sanggup bermati-matian mempertahankan sekolah cina tidak dianggap rasis sebaliknya kita yang mempertahankan perkara 153 dianggap rasis?

Aku cukup teruja dengan ucapan Tun yang penuh selamba tapi cukup tajam perlinya, tinggi sungguh skill Tun, maklumlah orang berpengalaman.. 85 tahun umurnya, pelbagai pencapaian dibawaknya termasuklah di Kedah. Sempat dia tuju pantun perli kat rakyat Kedah..

Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
BUDI YANG BAIK DI LUPA JUGA..

Cukup tajam.... aduhai rakyat Kedah, marahkan nyamuk dibakarnya kelambu..

Sabtu, 30 April 2011

Sejahtera kena kat hangpa


Pada era rejim pak dolah dan penyamun khairy, hakikatnya kemajuan negara kita agak terbantut, sebaliknya kemajuan negara jiran sudah lari jauh bersaing meninggakan kita. Apa tidaknya, dikenselnya beberapa projek dan diperkenalkan beberapa projek koridor yang hingga hari ni tak nampak batang hidung kesannya , Islam hadari (bini yang baru pun tak tutup aurat) dan paling hebat sekali legasi peninggalan puak ni ialah tumbangnya 5 negeri !

Kesannya hari ini Kedah di pimpin oleh sekumpulan Ustad Sejahtera yang lebih TERUK pentadbirannya dari rejim Pak Dolah AlKhairy. Bayangkan mesyuarat peringkat exco kerajaan (bukan mesyuarat ketua kampung tau) nak buat 'car boot sale'! come on man! ini mesyuarat exco tertinggi peringkat kerajaan negeri! sekarang orang bercakap tentang globalisasi! high skill high income ! bagaimana nak tingkatkan perniagaan dan pendapatan rakyat dan bukannya hobi secara kecil-kecilan.

Sampai bila orang melayu nak jadi penjaja pasar malam / car boot sale? sedangkan pasaraya, rumah kedai, premis-premis perniagaan besar, bisnes yang besar2 dikuasai oleh bangsa lain!! Sepatutnya exco-exco ni pikiaq macam mana nak bagi peniaga pasar malam ni boleh memiliki shop house atau meningkat perniagaannya menjadi pasaraya hypermarket bukannya tumpu pada perkara 'semut' yang kureng impak pada ekonomi rakyat.

Nampaknya rakyat Kedah akan terus dirundung malang dan merosot kalau terus mentadbir negeri dengan cara ni. Dan tak mustahil kuasa ekonomi negeri Kedah akan terlepas terus dari tangan orang Melayu.... Walaupun Kedah tak dikuasai puak2 DAP, tapi kalu macam ni punya pentadbiran lambat laun negeri kita akan di BELI ! Sejahtera Kena kat hangpa..!

Jumaat, 22 April 2011

Email 1Malaysia vs Satelit 1Malaysia


Wah! wah!wah!aaa... mengamuk sakan rakyat bila dapat tau RM50juta utk email 1Malaysia. Dah fikir panjang ke Dato Seri? apakah email 1 Malaysia ni maha penting sebagai penentu kemenangan PRU13? macam la segenap pelusuk Malaysia ni dapat akses ke internet! aniaya rakyat yang dok di hulu-banat aka tempat jin bertendang.

Apa kata duit tu dibuat projek lain yang boleh memberi impak segenap rakyat? misalnya- Satelit TV untuk rakyat. Hari ni ASTRO monopoli banyak komplain dari rakyat - cukai 6%, banyak iklan & rancangan sama yg berulang pagi & petang. Bagi orang macam aku senang ja, terminate terus ASTRO, layan Youtube.. tapi yang dok cerok kampung ? so dari merabih RM5ojuta untuk email pekak baik bawak naik satu lagi satelit tv untuk berkomunikasi dengan rakyat dengan lebih berkesan dengan liputan yang luas.

Akhir kata menegur untuk kebaikan tak salahkan? Apa pun kami hanya nak pastikan PRU13 BN menang!

Sukanya dia...




Ini kah rupa pemimpin masa depan?

Selasa, 19 April 2011

Along Sejahtera Bukan nak tolong


Hari ni aku agak mendidih ditambah kenaikan syeikh aku atas kemenangan BN di Sarawak maka aku pun nak amek kesempatan mengupdate blog aku yang bersawang ni..

Sungguh syok bila dapat kenal blogger sebenaq mummy rokiah. Lalu besembang sakanlah kami hingga ke pagi! isu UUM - tempat aku bertapa ulang-alik hingga habis berlubang poket bayar duit speed trap highway kubang pasu - UUM (buat speed trap pun kat kwsn 90km/h) tapi Ramai yang tak tau disebelah belakang UUM rapat degan pagar sempadan Siam ada satu projek Koridor Utara (projek pak dolah alKhari)- Ladang Jagung Sime Darby. Projek setahun jagung tu mmg viable sebab jagung yg ditanam tu, dah ada confirm buyer (TESCO- anak sykt Sime Darby) maka berduyun-duyun belia pergi kursus di situ dan dijanjikan contract farming oleh Sime Darby, (Sime Darby jadi ala-ala Felda la gitu) .

Planning tersebut memang cantik, tapi telah dihidu oleh puak2 tuh.. maka perjanjian dimeterai pada zaman BN pada kadar cukai yang rendah telah dipernaik hingga Sime Darby melihat projek ni tak viable bagi depa. Maka krn itu projek dgn facility berjuta2 tidak diteruskan oleh Sime Darby di take-over oleh Kedah Agro sbb masalah cukai tanah. Dengarnya tanah tu Kedah Agro dah dipajak pada sykt Cina, utk tanam cabai-sayur, maka berputih matalah belia yang kursus contract farming disitu. La ni penyakit tu berjangkit ke UUM pulak dah!

Hutang Along kalu tak bayaq depa baling cat saja, depa ni kalau tak bayar cukai rampas bagi kat cina!Memang Sejahtera sungguh.. Tuan puan nilailah sendiri, Harap2 belia2 contract farming tu tak doa laknat la.. sbb doa orang teaniaya memang makbul.