Sabtu, 30 April 2011

Sejahtera kena kat hangpa


Pada era rejim pak dolah dan penyamun khairy, hakikatnya kemajuan negara kita agak terbantut, sebaliknya kemajuan negara jiran sudah lari jauh bersaing meninggakan kita. Apa tidaknya, dikenselnya beberapa projek dan diperkenalkan beberapa projek koridor yang hingga hari ni tak nampak batang hidung kesannya , Islam hadari (bini yang baru pun tak tutup aurat) dan paling hebat sekali legasi peninggalan puak ni ialah tumbangnya 5 negeri !

Kesannya hari ini Kedah di pimpin oleh sekumpulan Ustad Sejahtera yang lebih TERUK pentadbirannya dari rejim Pak Dolah AlKhairy. Bayangkan mesyuarat peringkat exco kerajaan (bukan mesyuarat ketua kampung tau) nak buat 'car boot sale'! come on man! ini mesyuarat exco tertinggi peringkat kerajaan negeri! sekarang orang bercakap tentang globalisasi! high skill high income ! bagaimana nak tingkatkan perniagaan dan pendapatan rakyat dan bukannya hobi secara kecil-kecilan.

Sampai bila orang melayu nak jadi penjaja pasar malam / car boot sale? sedangkan pasaraya, rumah kedai, premis-premis perniagaan besar, bisnes yang besar2 dikuasai oleh bangsa lain!! Sepatutnya exco-exco ni pikiaq macam mana nak bagi peniaga pasar malam ni boleh memiliki shop house atau meningkat perniagaannya menjadi pasaraya hypermarket bukannya tumpu pada perkara 'semut' yang kureng impak pada ekonomi rakyat.

Nampaknya rakyat Kedah akan terus dirundung malang dan merosot kalau terus mentadbir negeri dengan cara ni. Dan tak mustahil kuasa ekonomi negeri Kedah akan terlepas terus dari tangan orang Melayu.... Walaupun Kedah tak dikuasai puak2 DAP, tapi kalu macam ni punya pentadbiran lambat laun negeri kita akan di BELI ! Sejahtera Kena kat hangpa..!

Jumaat, 22 April 2011

Email 1Malaysia vs Satelit 1Malaysia


Wah! wah!wah!aaa... mengamuk sakan rakyat bila dapat tau RM50juta utk email 1Malaysia. Dah fikir panjang ke Dato Seri? apakah email 1 Malaysia ni maha penting sebagai penentu kemenangan PRU13? macam la segenap pelusuk Malaysia ni dapat akses ke internet! aniaya rakyat yang dok di hulu-banat aka tempat jin bertendang.

Apa kata duit tu dibuat projek lain yang boleh memberi impak segenap rakyat? misalnya- Satelit TV untuk rakyat. Hari ni ASTRO monopoli banyak komplain dari rakyat - cukai 6%, banyak iklan & rancangan sama yg berulang pagi & petang. Bagi orang macam aku senang ja, terminate terus ASTRO, layan Youtube.. tapi yang dok cerok kampung ? so dari merabih RM5ojuta untuk email pekak baik bawak naik satu lagi satelit tv untuk berkomunikasi dengan rakyat dengan lebih berkesan dengan liputan yang luas.

Akhir kata menegur untuk kebaikan tak salahkan? Apa pun kami hanya nak pastikan PRU13 BN menang!

Sukanya dia...




Ini kah rupa pemimpin masa depan?

Selasa, 19 April 2011

Along Sejahtera Bukan nak tolong


Hari ni aku agak mendidih ditambah kenaikan syeikh aku atas kemenangan BN di Sarawak maka aku pun nak amek kesempatan mengupdate blog aku yang bersawang ni..

Sungguh syok bila dapat kenal blogger sebenaq mummy rokiah. Lalu besembang sakanlah kami hingga ke pagi! isu UUM - tempat aku bertapa ulang-alik hingga habis berlubang poket bayar duit speed trap highway kubang pasu - UUM (buat speed trap pun kat kwsn 90km/h) tapi Ramai yang tak tau disebelah belakang UUM rapat degan pagar sempadan Siam ada satu projek Koridor Utara (projek pak dolah alKhari)- Ladang Jagung Sime Darby. Projek setahun jagung tu mmg viable sebab jagung yg ditanam tu, dah ada confirm buyer (TESCO- anak sykt Sime Darby) maka berduyun-duyun belia pergi kursus di situ dan dijanjikan contract farming oleh Sime Darby, (Sime Darby jadi ala-ala Felda la gitu) .

Planning tersebut memang cantik, tapi telah dihidu oleh puak2 tuh.. maka perjanjian dimeterai pada zaman BN pada kadar cukai yang rendah telah dipernaik hingga Sime Darby melihat projek ni tak viable bagi depa. Maka krn itu projek dgn facility berjuta2 tidak diteruskan oleh Sime Darby di take-over oleh Kedah Agro sbb masalah cukai tanah. Dengarnya tanah tu Kedah Agro dah dipajak pada sykt Cina, utk tanam cabai-sayur, maka berputih matalah belia yang kursus contract farming disitu. La ni penyakit tu berjangkit ke UUM pulak dah!

Hutang Along kalu tak bayaq depa baling cat saja, depa ni kalau tak bayar cukai rampas bagi kat cina!Memang Sejahtera sungguh.. Tuan puan nilailah sendiri, Harap2 belia2 contract farming tu tak doa laknat la.. sbb doa orang teaniaya memang makbul.