Selasa, 31 Ogos 2010

Kawan penyamun



Pada 11 Mei 1946 Dato Onn Jaafar telah menubuhkan The United Malays National Organization (UMNO) bagi menentang rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British. Penubuhan UMNO bertujuan untuk menyatukan orang Melayu bagi menentang Malayan Union demi menjaga kepentingan, memajukan, memperbaiki serta menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu. UMNO menjadi parti politik untuk kaum Melayu di Tanah Melayu.

Tapi gambar pemimpin pokemon ini sangat-sangat bertentangan dengan perjuangan UMNO. Nak memajukan kepentingan bangsa dengan bersekongkol dengan The Racist Namewee ? Inikah pemimpin yang nak kita sandarkan harapan bangsa padanya? Liberal tak tentu pasal, mungkin sebab terlalu lama tinggal di oversea hingga lupa ramai dia sebenarnya masih orang Melayu dan hari ini walaupun ramai yang dah berjaya tapi masih ramai Melayu dibawah paras kemiskinan.

Pernahkah pokemon berkunjung ke Kampung-Kampung? tengok kehidupan petani dan nelayan? Pernahkah dia tahu bertapa peritnya kehidupan penoreh getah kalau selalu hujan, bertapa peritnya jadi nelayan bila pulang tiada hasil tangkapan, manakala ada mulut perlu disuapkan di rumah. Inilah masalah yang harus pokemon selesaikan, Jangan asyik ber'clubbing' sana-sini dan berkepit dengan betina lepas tu bercakap tentang Melayu liberal.

Jangan lupa kerana dasar UMNOlah bapak kau dan kau berada disitu. Jangan pentingkan diri sendiri ! Kalau tak reti berjuang, letak jawatan macam kau buat di FAM tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan