Sultan Alaudin Riayat Shah ketika berwasiat kepada Sultan Mahmud selaku pewaris takhta Melaka 1487 sebagaimana tercatat dalam buku Sejarah Melayu edisi Shellabear"Hendaklah mengutamakan pekerjaan Allah dan mengetepikan kepentingan dunia serta tidak melakukan kezaliman pada anak Melayu seperti membunuh mereka yang tidak berdosa, kerana perbuatan tersebaut boleh mendatangkan kebinasaan kepada kerajaan"
Hakikatnya, wasiat Sultan Alauddin Ini suatu firasat jauh melangkaui zamannya! kerana didalamnya terangkum suatu prasyarat tentang kualiti kepimpinan berteraskan prinsip dan kriteria kepimpinan Islam yang akan menentukan pencapaian sesebuah bangsa dan kerajaan.
Apabila pemimpin berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dan nilai-nilai agama, adil, tidak meletakan nafsu dan kepentingan diri melebihi kepentingan rakyat, pada waktu itu kedudukan negara dan masyarakat berada pada tahap harmonis dan gemilang.
Adakah pemimpin hari ini berpegang pada wasiat ini? Kalau berpegang kenapa politik orang melayu hari menjadi gawat? hingga hak pun kita pun dipertikaikan. Lebih buruk lagi wujudnya pemimpin-pemimpin pokemon yang sanggup menggadaikan hak orang melayu, atas dasar liberal konon.
Pemimpin pokemon ini bercakap tidak menggunakan otak dan mementingkan diri melebihi kepentingan rakyat. Demi mengejar populariti apatah hingga tak sedar menggadaikan hak bangsa. Ada jaminan ka dengan menggadai hak orang melayu bumiputera atas tiket liberal negara akan lebih maju? silap haribulan golongan yang tertentu sahaja yang lebih maju.
Pemimpin ini mengkiblatkan kepentingan dunia semata-sama. Buktinya berjuta-juta wang rakyat dilaburkan bagi membeli undi. Logiknya kalau nak berbakti dan berjasa kepada rakyat kenapa perlu melabur untuk membeli pengaruh dan pengikut? Melainkan ini adalah satu pelaburan yang bermotifkan kepentingan diri, atau ada udang sebalik batu.
Pengikut dibawah yang termakan budi kerana dibiaya dengan duit ini, merasakan wajib membalas jasa dengan memberi sokongan, sedangkan duit yang mereka dapat itu, bukannya duit poket pemimpin pokemon tersebut tetapi duit rakyat yang 'dicalas' mengikut saluran gelap. Bagi memenangkan pokemon diatas, demi memastikan peruntukan sentiasa turun, pengikut pokemon dibawah terpaksa berbuat apa saja bagi memastikan ketua pokomen ni menang. Termasuklah bersumpah palsu, tipu sana-sini, tendang terajang dan sebagainya bagi menunjukan kesetiaan mereka pada wang.
Layakkah mereka menjadi pemimpin?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan