Jumaat, 22 April 2011

Email 1Malaysia vs Satelit 1Malaysia


Wah! wah!wah!aaa... mengamuk sakan rakyat bila dapat tau RM50juta utk email 1Malaysia. Dah fikir panjang ke Dato Seri? apakah email 1 Malaysia ni maha penting sebagai penentu kemenangan PRU13? macam la segenap pelusuk Malaysia ni dapat akses ke internet! aniaya rakyat yang dok di hulu-banat aka tempat jin bertendang.

Apa kata duit tu dibuat projek lain yang boleh memberi impak segenap rakyat? misalnya- Satelit TV untuk rakyat. Hari ni ASTRO monopoli banyak komplain dari rakyat - cukai 6%, banyak iklan & rancangan sama yg berulang pagi & petang. Bagi orang macam aku senang ja, terminate terus ASTRO, layan Youtube.. tapi yang dok cerok kampung ? so dari merabih RM5ojuta untuk email pekak baik bawak naik satu lagi satelit tv untuk berkomunikasi dengan rakyat dengan lebih berkesan dengan liputan yang luas.

Akhir kata menegur untuk kebaikan tak salahkan? Apa pun kami hanya nak pastikan PRU13 BN menang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan