Sabtu, 30 April 2011

Sejahtera kena kat hangpa


Pada era rejim pak dolah dan penyamun khairy, hakikatnya kemajuan negara kita agak terbantut, sebaliknya kemajuan negara jiran sudah lari jauh bersaing meninggakan kita. Apa tidaknya, dikenselnya beberapa projek dan diperkenalkan beberapa projek koridor yang hingga hari ni tak nampak batang hidung kesannya , Islam hadari (bini yang baru pun tak tutup aurat) dan paling hebat sekali legasi peninggalan puak ni ialah tumbangnya 5 negeri !

Kesannya hari ini Kedah di pimpin oleh sekumpulan Ustad Sejahtera yang lebih TERUK pentadbirannya dari rejim Pak Dolah AlKhairy. Bayangkan mesyuarat peringkat exco kerajaan (bukan mesyuarat ketua kampung tau) nak buat 'car boot sale'! come on man! ini mesyuarat exco tertinggi peringkat kerajaan negeri! sekarang orang bercakap tentang globalisasi! high skill high income ! bagaimana nak tingkatkan perniagaan dan pendapatan rakyat dan bukannya hobi secara kecil-kecilan.

Sampai bila orang melayu nak jadi penjaja pasar malam / car boot sale? sedangkan pasaraya, rumah kedai, premis-premis perniagaan besar, bisnes yang besar2 dikuasai oleh bangsa lain!! Sepatutnya exco-exco ni pikiaq macam mana nak bagi peniaga pasar malam ni boleh memiliki shop house atau meningkat perniagaannya menjadi pasaraya hypermarket bukannya tumpu pada perkara 'semut' yang kureng impak pada ekonomi rakyat.

Nampaknya rakyat Kedah akan terus dirundung malang dan merosot kalau terus mentadbir negeri dengan cara ni. Dan tak mustahil kuasa ekonomi negeri Kedah akan terlepas terus dari tangan orang Melayu.... Walaupun Kedah tak dikuasai puak2 DAP, tapi kalu macam ni punya pentadbiran lambat laun negeri kita akan di BELI ! Sejahtera Kena kat hangpa..!

2 ulasan:

  1. wow...hari ni Hari Amarah ke?

    BalasPadam
  2. Bukan marah kat tuan. Masih sabar demi jaga nama baik parti..

    BalasPadam