Isnin, 12 September 2011

Khalid Gereja Dibasuh Kariah Masjid Sek 17

Ramadan yang lalu Sarjan sempat bermukim di Uitm Shah Alam, mengikut geng pekebun kecil RISDA di Konvensyen GABEM. Di kesempatan tu Sarjan sempat singgah di Sek 17 Shah Alam untuk solat Jumaat. Tak sangka hari tu ada tazkirah pulak.. ingatkan tazkirah pak Imam, rupanya pak Khalid!. Patutla muka macam biasa tengok, mula-mula dia start tazkirah ok lah .. sampaikan salam president Palestin la.. bla.. bla.. lepas tu dia start mengarut pasai bersih la.. dakwah pada orang kapir la (waktu tu tengah hangat isu gereja diserbu MAIS) pada hal yang orang kapir nak murtadkan orang Islam adalah. Pandai sungguh dia spin..

Tapi khariah Masjid tak bodoh la.. beberapa jemaah masjid yang tak puas hati terus mangkit tempelak si Khalid suh berenti tazkirah.. jemaah yang terus belah keluar masjid pun ada.. jemaah yang merungut di belakang tak kurang jugak.. apa tidaknya waktu dah masuk, kariah nak kejar waktu kerja, tapi si Khalid tak habis-habis dok merepek .. Nasib baik bukan kariah Sarjan .. kalau tidak..

Nampaknya YB pak Khalid ni mmg jenis tak tau malu.. sanggup tebal mukakena tempelak dengan kariah sebegitu.. untuk menagih simpati dan sokongan. Mungkin rakyat Shah Alam dah sedar depa dah tersilap pilih ahli parlimen dan pak YB pun jadi Desperado agaknya...

Tentunya kita boleh menilai peristiwa ini, satu pihak suka ambil kesempatan menggunakan masjid untuk pecah belah masyarakat manakala satu pihak lagi berusaha untuk meningkatkan ekonomi orang Islam melalui GABEM dan sebagainya... so fikir-fikirkanlah.. Semoga orang Shah Alam tak tersilap wakil rakyat in next general election.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan