Negara Ku, Tanah Tumpahnya Darahku, Memerdekakan bangsa dari pemimpin kayu, Mendaulatkan Islam tanpa segan silu, Memartabatkan agama dan bangsaku
Khamis, 15 September 2011
Mat Sabun Frust Hotel Kamunting ditutup
Pelbagai cerita direka, pelbagai ceramah dan lakonan dibuat bagi mengumpan kerajaan memungkinkan dia disumbat semula ke Hotel Kemunting, namun dengan kebijaksanaan DS Najib telah menghapuskan cita-cita dan modal besar Mat Sabu untuk menghidupkan semula kebencian rakyat terhadap polisi ISA kerajaan.
Ohh.. sungguh keciwa .. impian dengan bermodalkan politik Komunis Mat Sabu untuk kembali menginap hotel ISA di Kemunting kini tinggal kenangan, setelah umpan yang ditabur Mat Sabu tidak disambar oleh ikan. Agaknya, bertambah meluap-luaplah kemarahan Mat Sabu pada DS Najib lepas ni. Jenuh pula lah dia nak memikirkan umpan apa pulaklah nak diguna, selepas ni untuk menambah kebencian rakyat pada kerajaan.
Sebenarnya Mat Sabu and the Gang sedar kemenangan PR pada pilihanraya lalu bukanlah disebabkan mereka tu bagus atau rakyat suka pada mereka, tetapi lebih kepada kemeluatan rakyat terhadap kelakuan segelintir pemimpin kerajaan pada masa itu. Mat Sabu and the Gang sedar untuk terus kekalkan momentum kemenangan PR pada PRU akan datang, mereka perlu terus meningkatkan kebencian rakyat kepada pimpinan DS Najib.
Namun dan sedikit sebanyak usahanya terkantoi dek penghapusan ISA. So kita tunggu la pulak modal apa pulak lepas ni .. tak mustahil lepas ni dia iktiraf group Al-Maunah sebagai pejuang.. agaknyalah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan